Skip to main content

Sumber Sewaan Wajar Dizakat

Saya tidak sehebat orang-orang di luar sana yang asyik keluar masuk tv. Saya hanya orang biasa-biasa sahaja yang cuba menulis dan menulis kerana menyedari bahawa saya tidak mampu menggegarkan dunia dengan hanya mendiamkan diri.

Hari ini dalam sejarah, sedikit idea saya dipaparkan dalam akhbar Utusan Malaysia. First time masuk surat khabar. Selalu masuk majalah je, hiii....



AS SEEN ON NEWSPAPER :D



Jika berminat untuk membaca artikel penuh, sila klik di sini.
[err... sebenarnya, saya tak suka gambar saya terpapar dalam internet.... tak suka... benci... malu... hilang privasi, hehee.... Cuba selongkar blog saya ni, mana ada gambar saya sendiri :( !]

Saya mengharapkan jika ada feedback mengenai pandangan saya dalam temubual yang dipaparkan, harap dapat emel saya ataupun tulis di ruangan komen dalam blog ini. Mudah sahaja kan? Boleh lah kita bincang-bincang atau bersoal-jawab.

Comments

  1. Hmmm... baru je terima beberapa emel tentang perbincangan ni. Jom kita sambung bincang kat sini, biar panas bah...

    ReplyDelete
  2. jap... dok pikir ni... kenapalah bila saya cakap pasal zakat, ada orang emel saya, macamana nak pujuk isteri pertama supaya bagi kawin lain??????!!!!

    fenin.... fenin....

    ReplyDelete
  3. haaaahahhahahaa....tu blehka dijawab??cam lari tajuk ja..susah nk bg jawapan tuh..kena tanya pd yg pakar.. rasa macam fenin gak..huhu..ingat kan ape yg bakal terjadi..ini rupanya...i ternanti2 bagaikan pungguk rindukan bulan..ibarat melukut di tepi gantang..hehe..cam xsesuaija bidalan2 tuh...

    ReplyDelete
  4. >>>>>>>>>>>..............

    ReplyDelete
  5. Aduhai Naseebah,

    Boleh tak boleh, inilah jawapan saya... macam tak boleh pakai je [jawapan dari orang yang tidak ada pengalaman dalam bab poligami!]

    Assalamualaikum,

    Saudara,

    Sukarnya saya nak jawab soalan ni.

    Kunci kebahagiaan berpoligami terletak pada tangan SUAMI. Kalau suami tidak dapat membuatkan isteri pertama setuju, maka kalau suami berpoligami juga, alamat susahlah perjalanan hidup selepas ini.

    Kalau wanita kedua tidak bersedia untuk mengalah dengan sepenuh hati, mengalah dalam banyak perkara, maka rumit juga kebahagiaan yang cuba hendak digapai.

    Kalau wanita pertama (isteri pertama) tetap tidak mampu untuk menerima orang lain dalam hidupnya, maka sangat sukarlah kehidupan semua pihak selepas poligami itu berlaku.

    Tak tahu macamana saya nak jawab soalan saudara. Sukar mencari wanita yang sedia dipoligamikan...

    Walau macamanapun, serahlah semuanya kepada Allah s.w.t. Dialah yang mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Dia juga yang memiliki hati manusia. Pohon lah pada-Nya, bahawa jika jodoh yang kedua ini baik untuk saudara, baik untuk isteri, baik untuk anak-anak & baik juga untuk si dia, maka pohonlah supaya dibukakan jalan. Tetapi jika permohonan ini tidak baik, maka mohonlah supaya dijauhkan sejauh-jauhnya dan mohonlah supaya ditetapkan hati agar redha dengan semua ketentuan-Nya. Taqdir yang Allah tentukan itu selalunya ialah taqdir terbaik untuk kita.

    Bahagiakanlah dahulu dirimu dengan seorang isteri.

    Walaupun si isteri tidak sehebat Khadijah, namun ingat bahawa diri ini juga tidak sehebat Muhammad s.a.w.

    Ikhlas

    Hasanah

    ReplyDelete
  6. Ops, tambah sikit. Suami yang berpoligami bukan hanya perlu berjaya mendapatkan persetujuan isteri pertama sahaja. Untuk menjadikan poligami itu berjaya dan 'they live happily ever after', banyak ramuan, rempah dan rencah perlu digunakan. Bukan senang ooooo...... Kena ingat, dunia akhirat... tanggungjawab ke atas isteri4 dan anak-anak akan disoal!

    Dan untuk wanita... minta maaf jika saya katakan, jangan terlalu takut dengan poligami. Jangan terlalu mengongkong suami yang mahu berpoligami. Ada masanya poligami itu perlu... [maksudnya, untuk kaum lelaki, ada masanya poligami yang anda idam-idamkan itu TIDAK perlu!]

    Alamak....
    Lepas ni makin banyak la soal-jawab pasal poligami datang kat saya....

    ReplyDelete
  7. saya mohon dr nyatakan nas yang boleh dijadikan sandaran tentang kewajiban zakat kepada orang tengah (amil). Tidak sah zakat jika terus kepada asnaf terus kecuali amil.

    ReplyDelete
  8. hmm..tetiba teringat tentang zakat emas..kalau org perempuan yg banyak sgt barang kemasnya..yg ditangan dikaki dileher dijari ditelinga...didalam almari..hmm..zakat tu kena bayar utk emas yg mcm mana..ade sedikit perbalahan baru ni sy jumpa..ade org ckp semua sekali yg guna atau x..timbang..ikut uruf kalau lebih 85g kena keluar zakat..ade sorang lg ckp timbang yg x gunaja..kalau lebih bayar..cmanaya sebenarnya? susah jd perempuan yg suke pakai emas ni..sib baik sy suka plastik..hehe..(huh..plastik..ishh..pencemaran..)

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum...

    Tahniah Dr, kerana pandangan Dr. tentang zakat memang patut dibincangkan...boleh jadi juga harus difatwakan. Tahniah juga sebab dah masuk dalam surat kahbar...saya bila pula?

    Zaman sekarang harta sewaan dah jadi macam pendapatan tetap bulanan individu. Dr Zahari pun ada cakap tentang tu.

    Dr pun ada ajar...hukum boleh berubah mengikut tempat dan keadaan..ye kan?

    Semoga success selalu.
    Siiru a'la barakatillah..
    Wassalam

    ReplyDelete
  10. jamu psikologi kunjungi : www.setansatan.blogspot.com jamu memang pahit

    ReplyDelete
  11. aisehman, macam mana tak tahu artikel dr.haanah keluar paper ni hehe, kalau tak..awal2 mesti baca

    ReplyDelete
  12. [...] ini saya ingin berkongsi persoalan yang dikemukakan oleh seorang pembaca artikel zakat saya tempohari. Pembaca ini meminta pendapatan tentang kewajipan membayar zakat pendapatan yang diwajibkan ke atas [...]

    ReplyDelete

Post a Comment