Skip to main content

Kursus CPD | Modul e-Learning



Universiti Sains Malaysia sentiasa berusaha untuk menjadi yang lain daripada yang lain.

Hari ni, saya dan ahli kumpulan ACES baru sahaja selesai membuat pembentangan portal e-learning untuk modul CPD. Lepas ni cuma tinggal lengkapkan modul artikel jurnal sahaja. Lega rasanya...
[dari bulan Julai hingga November tak habis-habis dengan kursus. Bukan tak bagus, tapi, mana nak mengajar lagi, nak selia pelajar MA & PhD, research, desa, bla...bla.....]

Apa itu CPD? CPD menggantikan PTK. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Berkenaan portal e-learning, kami diberi tugasan untuk membangunkan satu kursus berkenaan sustainability (kelestarian). Lihatlah kursus yang kami bangunkan dalam fasa kesibukan yang amat sangat DI SINI. Kursus yang kami bangunkan bertajuk: Multiple Intelligences (MI) for Sustainability. Apa tu? Hah! sila klik DI SINI.

Mujurlah saya tidak kekok sangat membangunkan portal e-learning ni sebab saya sendiri memang mempunyai portal e-learning yang dibangunkan bersama arwah suami di http://www.rosdi.net/education. Ada beberapa kursus dalam portal tu yang dibuka untuk guest user (orang awam). Kena godek sendiri lah ye kalau nak tahu kursus apa yang ada.

Ops! Teringat pula portal e-learning PPIK yang diamanahkan oleh Dekan PPIK pada saya. Jap ye prof. Bagi saya habis semak skrip final exam ni dulu :) . Adeh, tak dan menyawa....

Comments

  1. Secret Admirer (SA)28 November 2008 at 03:51

    Dialog Sabariah dengan Kassim Selamat :

    Sabariah : Sudah 2 tahun saya jatuh cinta dengan nama Kassim Selamat

    Kassim Selamat : Sesudah saudari melihat orangnya adakah sdri ingin meneruskan percintaan tersebut?

    Sabariah : menganggguk

    Dialog Sebenar

    [Maaf En. SA, saya terpaksa delete ayat seterusnya atas sebab-sebab 'keselamatan'. Jangan marah noooo.... - Hasanah]

    ReplyDelete
  2. wuishhh..dialog apa tuh..hmmmmm...

    ReplyDelete
  3. budak nakal nak test power la tuuuu

    ReplyDelete

Post a Comment