Skip to main content

Air

Air mata...

Itulah yang meniti di pipi mak (mak arwah suami) Sabtu lepas.
Hari ini di teritori yang sama, saya senyum sahaja. Geli hati melihat telatah anak-anak terkial-kial belajar berenang dengan instrutctor, Uncle Zainoba.

"Kena garang sikit," pesan saya pada uncle.
Uncle Zainoba tersenyum. Dia orang lama. Masak sangat dengan kerenah kanak-kanak yang takut-takut bila kaki tidak mencecah lantai kolam renang.



Saya faham kenapa mak sedih. Ya lah, anak kesayangan dia, ayah kepada anak-anak ini dahulunya cukup hebat berenang menyusuri sungai dan lubuk. Kalau sesekali kami menginap di hotel, memang tidak sah kalau dia tidak terjun ke dalam kolam. Kalau ada family day dengan saudara-mara, tak payah lah cabar berenang dengan dia. Pasti menang sahaja. Saya pula, hihi..... tolong sengih je...



Hari ini Hanan dan Husna makin cekap berenang. Tak sangka, hari Sabtu lepas, baru belajar sekali, Hanan dah boleh berenang dan Husna juga nampak berpotensi. Cuma mulut dia je yang bising sikit. Tu yang tak cekap-cekap lagi. Air asyik masuk mulut je! Ziyad tengok sahaja dari tepi. Masih takut-takut bila kaki tak menjejak lantai kolam. Takpe. Esok-esok pasti dia akan terjun juga.

Ok, bagi sesiapa yang belum tahu (terutama rakyat USM dan warga Pulau Pinang), USM mempunyai kolam renang standard olimpik. Hebat tu! Ini sebenarnya kemudahan yang tak ramai tahu. Kalau tahu, tak ramai pula yang tahu yang ia boleh anda gunakan.



Ada tiga kolam di sini. Satu kolam sepanjang 400m kot. Airnya biru. Eh, lantai kolamnya biru. Memanggil-manggil sesiapa yang melihatnya. Ada dua lagi kolam yang agak terselindung sedikit. Kecil sedikit dari kolam yang pertama, tetapi saiz hampir sama dengan kolam di hotel-hotel. Yang ketiga pula cetek. Kalau setakat anak umur dua tahun, Insya Allah ok lagi.

Kena bayar ke? Hmm... nak yang free? Pergilah kolam renang hotel. Tak perlu bayar untuk mandi kolam. Cuma kena bayar duit hotel je, kan!

OK, yurannya antara RM1-RM3 bagi satu sesi. Maksudya, kalau belah petang, masuk pukul 5, keluar pukul 9 malam, bayarannya banyak itu lah. Orang luar yang bukan warga USM juga boleh guna (kalau tak silap) dengan yuran sekitar itu juga. Apa-apahal, sila telefon unit sukan untuk maklumat lanjut. Sepanjang minggu, Sabtu dan Ahad, malah cuti am pun dibuka.



Yang menarik, HARI WANITA ada ditentukan. Hah, warga muslimah, apa lagi? Gunalah peluang ini. Hari wanita ialah pada Hari Selasa dan Khamis dan dikhususkan dalam kolam yang kedua iaitu yang terlindung sedikit. Bagi saya ok dah tu, tapi eloklah jika pakai baju renang muslimah. Jangan pula pakai seksi-seksi. Seksaaa..... Ops, suka diingatkan, walaupun ada hari wanita, tetapi kolam olimpik masih dibuka untuk lelaki.

Dan sedihnya, hari ini, hari wanita, kolam kedua saya lihat sepi tiada sesiapa. Rugi kalau tak digunakan peluang ini. Kan nabi dah pesan, belajarlah berenang. Ya! Belajarlah berenang. Habis, yang saya dok tepi kolam sambil menaip entri untuk blog ini pasal apa? Hihi... saya sengih je...

Comments

  1. adoiii..ape lagi kakakku..belajole berenang..takat tengok 'IKAN TIPU kat tepi ni' berenangje..ape kes??huhuhu

    ReplyDelete
  2. Seandainya kau tangisi kematianku,
    dan kau sirami pusaraku dengan airmatamu,
    maka di atas tulang-tulangku yang hancur luluh,
    nyalakan obor buat umat ini,
    dan......
    teruskan perjalanan ke gerbang jaya.

    Kematianku adalah suatu perjalanan,
    mendapatkan kekasih yang sedang merindu,
    taman-taman di syurga tuhanku bangga menerimaku,
    burung-burungnya berkicau riang menyambutku,
    bahagialah hidupku di alam abadi.

    Puaka kegelapan pasti akan hancur,
    dan alam ini akan disinari fajar lagi,
    biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya.
    Janganlah gentar berkelana di alam abadi,
    nun di sana fajar sedang memancar

    (Pesanan Sayyid Qutb yang ditulis beberapa ketika sebelum menemui syahid di tali gantung pada tahun 1965)

    ReplyDelete
  3. zuerin sriandalas27 November 2008 at 17:15

    doc.....sedihnya.....

    ReplyDelete
  4. [...] Anak-anak dah bising ajak pergi kolam renang. OK, jumpa lagi. Wassalam. Tags: zakat, zakat pendapatan You can follow any responses to this [...]

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum dr
    saya tidak menyangka sama sekali Ustaz Rosdi begitu aktif dalam menyebarkan maklumat uruspusaka sejak sekian lama. saya adalah insan yang bertanggungjawab mengendalikan kursus bagi pihak Uruspusaka Sdn. Bhd. Walaupun jodoh saya dengan Uruspusaka Sdn. Bhd. tidak panjang tapi saya sempat berkenalan dengan Ustaz. Mungkin sedikit terlambat untuk mengucapkan takziah dan doa saya semoga arwah berada bersama golongan soleh di sana. jika ada kelapangan lawati blog saya di www.engkuazri.wordpress.com
    wassalam

    ReplyDelete
  6. Terima kasih. Saya ingat lagi dia pernah sebut nama Ku masa bagi latihan untuk konsultan Uruspusaka. Business card Ku pun ada lagi. Sebenarnya, dari situlah tergeraknya hati nak buat website www.uruspusaka.com. Yang peliknya, tak lama lepas kami buat uruspusaka.com, rupa-rupanya website Syarikat Uruspusaka pula yang luput dari internet. Saya dapat tahu, luput tu sebab habis tempoh hosting dan takde siapa yang manage. Hmmm.... rupanya kami lebih advance berbanding syarikat tu sendiri hihiii.....

    Walaupun suami saya konsultan syarikat tu, tapi dia sendiri tak sempat nak buat surat wasi dan lain-lain. Sekarang ni pun banyak lagi urusan pusaka yang saya tak buat. Sibuk memanjang.

    Kadang-kadang dalam hati terkilan juga. Mana lah orang Syarikat Uruspusaka ni tak ada yang menjenguk ucap takziah padahal suami saya banyak buat promosi untuk Syarikat Uruspusaka. Ramai yang mengadu masalah pada suami saya dan kemudian suami saya akan bantu setakat yang mampu dan minta orang yang bermasalah tu hubungi terus ke syarikat untuk dapatkan perkhidmatan secara direct. Terkilan saya sampai selalu fikir nak tutup je uruspusaka.com dan daftar domain name lain. Taknak bagi publisiti percuma kat syarikat yang ......... (isy, jahatnya mulut saya ni!)

    Ada satu kisah sedih, walaupun dalam www.uruspusaka.com dan juga www.rosdi.net/blog telah saya maklumkan yang suami dah meninggal, masih ada yang telefon (nombor diambil dari www.uruspusaka.com) dan minta nak cakap hal pusaka. Nak cakap juga dengan ustaz Rosdi walaupun dia dah takde.

    Dalam banyak-banyak manusia, kalau diberikan pilihan, sayalah orang yang paling nak sangat cakap dengan Ustaz Rosdi :(

    ReplyDelete
  7. saya ingin mohon maaf sangat dengan apa yang berlaku. saya juga rasa terkilan tak dpat nak teruskan apa yang saya mulakan . tapi atas halangan yang tidak perlu saya sebutkan disini, ingin saya nyatakan saya sanagt sayang dengan uruspusaka kerana saya adalah dua org terawal yang membangunkan perisiannya. mohon dr teruskan niat suci ustaz ini dan saya juga akan memulakan langkah untuk meneruskan apa yang telah saya mulakan dulu. saya juga telah diberi maklum bahawa uruspusaka akan dibangunkan kembali.
    kalau tidak keberatan saya nak masukkan link dr dan kalau boleh mohon dr juga masukkan link saya...saya baru nak berjinak dengan blog ni. tak reti sangat

    ReplyDelete
  8. untuk makluman dr...sebelum ini saya adalah ceo uruspusaka yang dilantik dan bukannya pemegang saham...jadi apa yang saya ada adalah terhad

    ReplyDelete
  9. Minta maaf. Saya tak tahu perkembangan yang berlaku ke atas Syarikat Uruspusaka.

    Yang saya tahu, website uruspusaka.com.my dah lama takde, manakala website uruspusaka.com saya tu pula dah lama tak di update sebab saya terlalu sibuk sekarang ni dan sedang membangunkan beberapa lagi website. Lagipun saya sedang merancang untuk mengubah platform Wordpress kepada Joomla untuk website tersebut.

    Syarikat uruspusaka mempunyai masa depan jika dijana dengan baik. Lagipun ia ada niche yang tersendiri. Jika syarikat meningkatkan promosi dan kaedah pemasaran sama ada online dan offline, Insya Allah masa depan syarikat akan terus cerah.

    Website uruspusaka.com... saya lagilah sayang sebab ia ada sentimental value. Itulah website sendiri pertama kami... Niat kami ialah hendak membantu umat Islam dalam hal pusaka di samping mendapatkan pelanggan untuk Syarikat Uruspusaka. Kami ada strategi tersendiri untuk mendapatkan pelanggan.

    Beberapa bulan selepas Ustaz Rosdi meninggal, barulah saya terfikir betapa ini ialah ujian yang telah Allah janjikan bahawa:
    "Ilmu terawal yang akan dicabut ialah ilmu faraid...... dan cara Allah mencabut ilmu ialah dengan mematikan ulama".

    ReplyDelete
  10. akan diusahakan kembali. doa moga usaha kami akan mengaktifkan kembali uruspusaka sdn. bhd.

    jika ada sebarang maklumat yang ingin dikongsi mohon email saya atau lawati engkuazri.wordpress.com

    wassalam

    ReplyDelete
  11. ya..mematikan para ulama'...tanda2.....

    ReplyDelete
  12. salam dr...saya dah masukkan link dr dalam blog saya harap maklum

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum dr.

    Saya sebenarnya dah ade anak dua dan anak yang sulong tu dah 9 tahun. Yang kedua 6 tahun. Yang kedua ini nampak lebih cepat boleh berenang setelah ikut kelas renang.

    Menarik juga bila dr bgtau ada hari2 tertentu untuk muslimah berenang. Saya juga minat berenang...boleh la sikit2 tapi letih tercungap2. Nak belajar malu....di USM ade instructor tak ya ? Apa number yang boleh dihubungi untuk mendapatkan kebenaran berenang di USM?

    terima kasih dr atas informasi yg sangat menarik ini...setahu saya setakat ini di Kuala Kangsar Bandar Di Raja...kolam awam dibuka pada hari2 tertentu untuk muslimah sahaja.

    ReplyDelete

Post a Comment