Seminar Fiqh dan Pemikiran Islam Lestari

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Tuesday 28 October 2008

Seminar Fiqh dan Pemikiran Islam Lestari



Hari ini, esok dan lusa akan jadi hari yang sangat sibuk. Persiapan terakhir perlu dilakukan sempena Seminar Fiqh dan Pemikiran Islam Lestari anjuran kami, Bahagian Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Lestari dan Korporat, USM yang akan berlangsung selama 2 hari iaitu 29-30 Oktober 2008 di Dewan Persidangan Universiti, USM.

Saya bertanggungjawab menguruskan kertas kerja & prosiding. Banyak juga pengalaman yang diperoleh melalui tugas ini. Paling seronok ialah dapat berinteraksi dengan para pembentang kertas kerja yang semuanya hebat-hebat belaka. Alhamdulillah seminar ini dapat mengumpulkan 41 kertas kerja
berkaitan pelbagai isu tentang Fiqh dan Pemikiran Islam. Kesemua kertas kerja membincangkan tentang Islam yang bersifat lestari dalam bidang fiqh dan pemikiran.

Jika berminat untuk hadir dalam seminar ini boleh datang terus esok pagi ke lokasi seminar. Yuran yang minimum dikenakan. Biasalah, nak masuk seminar kenalah melabur sikit untuk dapat manfaat yang banyak.

The good news is untuk orang awam yang berminat, hanya perlu bayar RM100 untuk seminar dua hari termasuk makan dan minum - 3 kali makan. Peserta akan diberikan kit seminar iaitu beg (cantik begnya) yang mengandungi prosiding setebal hampir 400 mukasurat (penat saya siapkan prosiding tu!!!), beberapa buah buku dan jurnal sumbangan JAKIM dan beberapa freebies yang lain. Sangat berbaloi untuk bayar RM100 untuk semua ini.


Terima kasih daun keladi kepada pihak JAKIM kerana sudi menganjur program ini bersama kami. Tahun depan boleh tak kita bergabung lagi?

OK, tak dapat nak tulis panjang. Kena buat kerja sekarang :). Salam hormat untuk semua.

7 comments

  1. awat tak ramai peserta? huhuhu

    ReplyDelete
  2. bila kita lihat gelas yang diisi dengan 3/4 gelas air, adakah kita akan katakan bahawa gelas itu 3/4 penuh atau gelas itu 1/4 kosong? eh, apa saya cakap ni?

    ReplyDelete
  3. madah berhelah.... sepinggan penuh nasi kandaq atau separuh tetap dicaj penuh oleh mamak kedai

    ReplyDelete
  4. Tiada helahnya...
    Saya respek urusetia promosi yang berusaha sehabis boleh termasuk guna website, surat khabar, emel, poster, brosur, keluar masuk rtm, tv3 malah radio sekalipun.

    Nasi kandaq pun tahu yang yuran telah dikurangkan daripada RM150 kepada RM100.

    Kelemahan ketara pertamanya terletak pada sikap 'sesetengah' orang Islam sendiri yang lebih sukakan program hedonisme.

    Kelemahan kedua ialah kami tiada pelajar Pengajian Islam di peringkat Sarjana Muda. Selalunya mereka inilah yang akan memenuhi bangku seminar. Kalau nak diharapkan pelajar yang bukan dari bidang Pengajian Islam... hmmm.... bagai menunggu air dalam gelas penuh sendiri, takkan penuh punya...

    ReplyDelete
  5. salam Dr.Hasanah

    saya nk tnya sket sal seminar fiqh & pemikiran islam lestari..huhu..time tu study week..mmg rugi xdpt join..ada dak kt mna2 link ka..web ka..ttg isi kertas2 yg dibentangkn..?

    tima kasih daun keladi Dr.
    salam jihad,
    nur_comOt

    ReplyDelete
  6. assalammualaikum... Dr
    saya sangat-sangat menyesal sbb tak dapat attend seminar islam lestari hari tu ... bertempung ngan exam.....
    nak tanya je... macam mana nak dptkan kertaskerja pembentang hari tu... yang terpenting tentang islam liberal dr rahimin um sbb ada kaitan ngan kajian saya... leh dpt lam email ka atau mana2 sumber !

    ReplyDelete
  7. Wsalam Anwar, cuba emel pihak Jakim untuk dapatkan prosiding seminar, iaitu melalui Ustaz Zarifi Daud. Kalau tak silap emel beliau ialah: zarifidaud@yahoo.com

    ReplyDelete

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage