Skip to main content

Fiqh Anak Yatim

Hari ini saya akan melancarkan satu kategori baru dalam blog ini iaitu Fiqh Anak Yatim. Hihi... bunyinya macam canggih je sebab jarang-jarang dalam dunia ni (ye ke?) orang menulis tentang hukum fiqh berkaitan anak yatim secara khusus.

Saya berpegang kuat bahawa taqdir yang Allah tentukan ke atas saya pasti mempunyai hikmahnya. Mungkin ini juga satu dari hikmahnya iaitu Allah gerakkan hati saya supaya mendalami hukum-hakam yang berkaitan dengan anak yatim.

Topik pertama yang saya akan bahaskan ialah tentang NAFKAH ANAK YATIM.


Kenapa ini yang menjadi pilihan? Kerana topik nafkah menentukan kelangsungan hidup seseorang. Lihatlah di sekeliling kita, betapa ramainya anak kecil yang hidup susah dan melarat selepas bapa mereka meninggal dunia. Lihatlah betapa ramainya ibu-ibu yang menjadi janda... hidup menderita mengerah tulang empat kerat tanpa mengenal siang dan malam demi memastikan bahawa di atas meja makan pasti ada hidangan buat pengalas perut. Tak kurang juga anak-anak yatim yang terpaksa diletakkan di bawah seliaan rumah kebajikan kerana si ibu tiada daya untuk menyediakan tempat tinggal dan makanan yang sesuai dengan perkembangan usia anak tadi.

Persoalannya, siapakah yang bertanggungjawab menanggung nafkah anak yatim setelah ayahnya meninggal dunia? Di manakah peranan ahli keluarga si mati terutamanya mereka yang turut mendapat habuan harta pusaka si mati?

Pengalaman sendiri yang terpaksa bekerja siang dan malam untuk mencari nafkah untuk lima anak yatim membuatkan saya cuba menghalusi perkara ini. Kesukaran sehari-hari hanya Allah yang tahu apabila kekalutan menguruskan sekolah anak-anak, mengajar mengaji dan menemani mereka membuat 'homework', melayan kerenah si kecil, menguruskan rumah, membeli barang keperluan rumah, mengangkut beras dan tong gas... dan bekerja siang malam, Sabtu dan Ahad... wajarkah semua ini dibebankan di atas bahu seorang wanita yang kudratnya tidak lebih sedikitpun daripada orang lain. Saya juga cukup simpati melihat ibu tunggal di luar sana yang terpaksa bekerja lebih teruk daripada saya demi hendak menyekolahkan dan membesarkan anak-anak.

Kerana menyedari batasan kudrat dan masa, maka saya mengambil keputusan untuk mengambil pembantu rumah tetapi tetap melibatkan kos yang sangat tinggi. Mengalahkan ambik anak dara untuk dibuat menantu kerana 'hantarannya' hingga RM7,000 selain kos bulanan dan tahunan. Gaji sebulan untuk dia sahaja ialah RM480 menyamai hampir 1.5 juta rupiah!!!

Dalam hati yang nakal terpikir juga... "kalau aku lelaki baik aku ambik anak dara mana-mana buat bini, jaga anak-anak aku, jaga makan pakai aku, jaga jiwa raga aku... hahahaaa... hantaran RM7000 pastu bulan-bulan tak payah bayar gaji!!!" Kalau ada lelaki duda ANAK RAMAI [edited] yang berfikiran macam ni, saya takkan pandang hina, cuma niat tu tolong betulkan sikit... hihii..

Persoalan siapa yang bertanggungjawab menanggung nafkah anak yatim akan saya huraikan dalam post akan datang. Ingatkan nak cerita habis kat sini, tapi nampaknya tak sempat kerana saya kena keluar sekarang untuk ambik Ziyad dari Tadika Islam USM. Tak boleh ambik lambat, nanti dia sedih bila tengok kawan-kawan semua dah balik, tapi mak dia tak muncul-muncul lagi.

OK. Lain kali jumpa lagi. Wassalam.

Comments

  1. suke baca post Dr kali ni. tak sabar nk bc yg selanjutnya. apa2 pun teruskan perjuangan. tak salah kita bekerja keras lebih dari orang lain demi masa depan asalkan tidak melupakan kewajiban terhadap yang Esa.

    ReplyDelete
  2. mariam binti adnan18 October 2008 at 12:19

    Assalamualaikum Dr. Hasanah. Setelah berapa kali melayari laman blog Dr, saya terpanggil untuk menulis dan mungkin seterusnya menjadi rakan blogger Dr. di hari-hari mendatang.
    Tentang kepayahan yang Dr. hadapi kini, semoga Allah sentiasa memberi kekuatan kepadamu ...... InsyaAllah, masa akan mengubati segalanya..... Maaf jika saya kiasankan MUNGKIN, PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI... Siapa tahu? Alllah maha mengetahui.

    ReplyDelete
  3. "BERGANTI"???

    Kesukaran yang saya nyatakan di atas sebenarnya lebih kepada nak membayangkan betapa 'lebih sukar' lagi ibu-ibu tunggal dan ibu tinggal di luar sana yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

    Walaupun saya tidak bersuami, tidak beribu, tidak berayah dan perlu membesarkan lima putera-puteri yang masih kecil, tetapi Allah swt memberikan saya banyak lagi ni'mat yang lain. Islam dan Iman adalah ni'mat. Kelima-lima anak saya juga ni'mat. Dan saya juga mempunyai pekerjaan yang stabil dan gaji yang cukup untuk membesarkan mereka (walaupun terpaksa bekerja 24 jam 7 hari seminggu). Allah berikan saya ni'mat kesihatan tubuh badan dan kecerdasan akal fikiran (bukan mahu menunjuk-nunjuk, tetapi sekadar menginsafkan diri sendiri bahawa ni'mat ini perlu disyukuri. Sungguh bimbang jika ni'mat ini Allah tarik balik!!!).

    Banyak ni'mat yang Allah kurniakan untuk saya dan anak-anak. Saya sangat mensyukurinya...

    Tetapi di luar sana, ibu-ibu tunggal yang dibiarkan berhempas pulas mencari nafkah untuk anak-anak... Siapakah yang akan membela nasib mereka? Mereka sibuk mencari rezeki dan tidak ada masa untuk membincangkan hal ini dengan dunia luar. Mereka juga tidak tahu bagaimana untuk menyuarakannya. Mereka tidak ada medium untuk membahaskan hal ini...
    Bagaimanakah nasib mereka?
    Simpati sungguh saya dengan nasib anak-anak yatim... kerana kedua-dua ibubapa saya juga telah kembali ke rahmatullah... kerana anak-anak saya juga anak yatim...

    ReplyDelete
  4. mariam binti adnan27 October 2008 at 13:45

    Assalamualaukum, dalam kesibukan memenuhi undangan "open house"di sana sini daripada rakan taulan dan saudar mara, hari ni saya berkesempatan membuka laman Dr. Wau! sudah berbalas luahan hati saya...... TERIMA KASIH!
    Benarlah kata pepatah Melayu..... Seberatxmana mata memandang, beratlah lagi bahu yang memikul. Sesungguhnya apa yang ditanggung telah tercatat di LuhMahfuz dan kita telah dipilih untuk menanggung apa saja yang telah Allah SWT tentukan ke atas kita. Kekuatan, kelemahan, dugaan , rintangan, adalah rencah kenikmatan yang AAlah uji agar kita bertambah dekat kepadaNYA. InsyaAllah. Salam sayang dari saya, seorang ibu, seorang sahabat ( mungkin kalau sudi hehe..) Saya seorang pendidikan di salah sebuah sekolah Agama di Selangor, tak jauh dari Banting!) jumpa lagi.... nak buat susu anak ni.......

    ReplyDelete
  5. Salam ukhuwah Mariam. Tak jauh dari Banting? Di mana tu? SAMTAR Sungai Manggis ke? Saya pernah mengajar di sana, lama dulu.

    ReplyDelete
  6. mariam binti adnan28 October 2008 at 15:03

    Ha... Haa.. what a good news! we're getting more closer! InsyaAllah! Ajal, maut , jodoh, pertemuan hanya Allah yang maha mengetahui.... saya semakin gementar,gementar... agaknya kalau kita nak mememui ajal, cammana ye... gemenarkah kita ketika hampir menghadapinya! cukupkah bekalan kita?? apatah lagi status seorang perempuan, yang ramai sebagai penghuni neraka! sampai kisah meriwayatkan bahawa nabi menangis pabila mengenangkan nasib perempuan. Macam-macam azab dan siksaan akibat kejahilan sendiri. Subhanallah.....
    Oh.... pasal SAMTAR, bukan...... sini lagi , dekat dengan IPI Bandar Baru Bangi. Tapi genglah tu dengan SAMTAR.
    Salam ukhuwah sekali lagi buat saudaraku, SELAMAT BERJUANG DAN KENTAL SEMANGAT MENJALANI HIDUP INI MENUJU KE SANA.

    ReplyDelete
  7. IPI? Seriously? So, we're really getting closer. Sekarang ni namanya Kolej Dar al-Hikmah kan? Mariam buat diploma apa? Konvo tahun bila? Mesti jawab :)

    ReplyDelete
  8. ..Tuhan menjadikan mereka sebagai anak-anak yatim kerana ingin menguji manusia disekeliling mereka apakah mereka mahu menjadi manusia yang sempurna.kita tidak akan menjadi sempurna sehinggalah kita tahu untuk mengasihi mereka(anak-anak yatim).

    ReplyDelete
  9. Salam Dr, terpanggil saya untuk mencari sahabat-sahabat yang senasib. Dua kali kehilangan orang yang disayangi amat sukar untuk mengubatinya dan memujuk hati ini supaya redha dengan ketentuan Nya....26 October 2008 suami tercinta meninggalkan saya dalam keadaan putera yang baru masuk setahun jagung dan hamil dalam usia 3 bulan amat memberi tamparan hebat pada saya ketika itu.
    Dengan keadaan Madu yang tidak dapat menerima kenyataan saya juga isteri kepada suaminya....
    Salam ukhuwah buat Dr. teruskan perjuangan dan salam maal hijrah 1430H.

    ReplyDelete
  10. Takziah buat Habsah. Baru dua bulan suami meninggal, pasti kesedihannya masih sangat terasa apatah lagi dengan kandungan yang baru 3 bulan. Kuatkan semangat! Jangan terlalu bersedih, bimbang perasaan janin akan turut terganggu. Sabarlah... Semuanya pasti ada hikmahnya...

    ReplyDelete
  11. takziah juga dari saya buat saudari Habsah..saya juga baru kehilangan suami..tanggal 13.12.08 lalu..hampir 50 hari dah..tapi saya masih punya ibu dan ayah, saudara dan rakan yg memberi kekuatan...alhamdullillah..jika ikut rasa hati kita tak mampu untuk berdiri..tapi yakinlah..kita pasti akan diuji dan diuji...untuk menentukan tingkat keimanan kita padaNya...sabar dan redo lah...

    ReplyDelete
  12. salam Dr...saya pun sependapat dgn dr. perihal ibu tunggal dan balu diluar sana yang tak punya sesiapa untuk mendengar keluh kesah mereka..susah payah mereka membesar dan menjaga anak..saya bersyukur saya masih punya kerja yang bagus dgn wang peninggalan aruah yang cukup untuk saya dan 2 anak...rumah yg sederhana dan kenderaan yg ada untuk ketempat kerja..tiada apa lagi yang kurang...kekosongan jiwa yang hilang separuh..kita isikan dengan Allah...Allah juga satu..kita jadikan Allah pasangan yang paling hampir dgn kita..insyallah..kita takkan rasa sendirian lagi.

    ReplyDelete
  13. salam, di sini dapat saya cari rakan senasib saya juga baru kehilangan suami pd 9/12/2008 perginya secara tiba-tiba tanpa sakit atau apa-apa.baru 4 tahun kawin anak pn br baru umur 2 thn dan 9 bln. syukurlah saya ada pekerjaan tetap, utk saya, saya sandarkan sepenuhnya pd Allah cuma sayu mengenangkn anak2 tiada ayah. cuma yang saya pegang musibah yg datang adalah tanda kasih sayang Allah. cuma saya risaukan keadaannya dialam barzakh walaupun rasa insyaAllah die tenang di sana .

    ReplyDelete
  14. Takziah Asfalela. Sabar atas dugaan kerana setiap ujian yang diberikan pasti ada hikmah di sebaliknya.

    Usah dirisau dengan yang telah pergi. Tetapi risaulah, apakah bekal andainya kita pun turut dipanggil pergi...

    ReplyDelete
  15. Tunggu kehadiran e-book berjudul: Kearah Rumah Anak Yatim Sifar - KASIH SAYANG KUNCI PERPADUAN SEJAGAT.

    ReplyDelete
  16. cian apa nak buat,tiba masanya kita semua akan dipanggil balik,baliklah kitamahu tak mahu,bawaklah apa yang ada,hidup ini perlu diteuskan walaupun segunung rintangan dan seluas lautan api sekali pun,Allah jadikan makluknya bepasang untuk memenuhi fitrah manusia,fikir2kan,
    bagi ibu2 tunggal carilah pengganti jika perlu untuk membantu anak2 bagi mendapatkan kasih sayang seorang leleki yang bergelar ayah yang boleh menerima semuaya.
    redo ketentuan ILAHI.

    ReplyDelete
  17. Nasir, "bagi ibu2 tunggal carilah pengganti jika perlu untuk membantu anak2 bagi mendapatkan kasih sayang seorang leleki yang bergelar ayah yang boleh menerima semuaya."
    Ayat tu, nampak mudah, tapi... emm... tak tau macamana nak susun ayat... sebab... erm... ntahlah...

    Tapai, sedih ke? Nasir, tolong pujuk sat, apa tah yg si tapai sedihkan.. sedih sebab gempa bumi kat Indonesia kot... :(

    ReplyDelete
  18. salam, ape sambungan story anak2 yatim ni...Dr.? sayakah yg terlewat atau saya yg terlepas pandang?

    ReplyDelete
  19. Muhammad amirul aiman12 June 2016 at 01:47

    Assalamualaikm..sambungan cerita pasal tajuk ni dah ada kah atau blm. Saya nak tau sgt2. Tq dr.

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum, doktor. Sy ingin bertanya sedikit soalan berkaitan nafkah utk anak yatim. Mcmni, sy ada 2 org sepupu adik beradik (lelaki usia 18tahun & perempuan 15tahun). Mereke kematian ibu beberapa tahun yg lalu. Setelah itu, nenek yg membela mereka. Tetapi setelah kematian nenek, Si abang telah berhenti sekolah ketika berusia 15tahun & menjadi gelandangan sekarang (kantoi akibat hisap dadah) dan Si adik telah di jaga oleh makcik (adik kepada ibu mereka). Bapa mereka masih hidup, cuma telah berubah ke arah yg teruk (penagih dadah) & mengabaikan tanggungjawab terhadap anak2 mereka. Soalan sy:

    1) siapa yg sepatutnya menjaga nafkah (makanan, pakaian & tempat tinggal) utk mereka sehingga menyebabkan si abang berhenti sekolah kerana ingin mencari duit sendiri & tidak mahu membebankan org lain dan telah menjadi rosak? Sedangkan bapa mereka tidak menjaga/ambil tahu perihal anak2nya.

    2) adakah berdosa jika menghalau si abang keluar dr rumah pusaka (setelah kematian nenek) walaupun si abang telah dewasa (18tahun).

    T.kasih utk balasan doktor.

    ReplyDelete

Post a Comment