Skip to main content

Bila kita hidup bahagia, kita sangka akan hidup lama

Bila kita hidup bahagia,
Kita sangka akan hidup lama...


Itulah hakikatnya. Dahulu saya pun fikir begitu. Walaupun tahu ajal akan tiba pada saat perjanjiannya, tetapi, setiap hari ada sahaja angan-angan yang dicipta, kerana menyangka bahawa kita akan hidup lama...



Malam tadi jam 12.30 tengah malam, ketika saya sedang memandu pulang dari Kampus Kejuruteraan (di Transkrian) ke Kampus Induk USM kerana membawa pelajar untuk majlis tilawah, tiba-tiba saya menerima sms dari jiran di Taman Bertam Permai (TBP). Suspen! Itulah reaksi spontan saya. Berita mengejutkan diterima. Seorang jiran di taman itu baru sahaja meninggal dunia akibat masalah kesihatan (sehari sebelum meninggal beliau masih pergi kerja!). Beliau, Cikgu Sanep, sangat terkenal di taman itu kerana dia juga ialah Guru Penolong Kanan di Sekolah Kebangsaan Bertam Indah, sekolah di mana anak-anak saya juga bersekolah sebelum ini. Tanyalah pelajar sekolah itu, semuanya sukakan cikgu Sanep kerana cukup menyayangi para pelajar dan sentiasa berseloroh-yang menyebabkan kelas cikgu Sanep tidak pernah membosankan. Pemergian cikgu Sanep sangat mengejutkan dan perasaan kehilangan begitu dirasakan oleh anak-anak muridnya. Pagi tadi, saya kejutkan anak-anak. "Cepat! Mak nak balik Bertam. Ingat lagi tak kat Cikgu Sanep? Dia dah meninggal," perkhabaran yang membuatkan anak-anak bingkas bangun. Spontan sahaja anak-anak bercerita tentang seronoknya bergurau dengan cikgu Sanep. Sepanjang perjalanan dari USM ke Bertam (44km) tak putus-putus anak-anak bercerita tentang lawak jenaka cikgu kesayangan mereka.

Saya terkenang... bagaimana sukarnya seorang isteri berdepan dengan kematian suami yang dicintai. Entah bagaimanalah balu cikgu Sanep akan berdepan dengan keadaan ini. Saya sendiri sangat takut untuk menghadapi AidilFitri yang kian menghampiri. Bagaimanalah kak Mazilah (balu cikgu Sanep) hendak menghadapinya dengan tiga anak yang masih kecil...

Dahulu saat saya menghadapi kesusahan selepas kematian suami semasa sedang sarat mengandung, saya sering meminta pertolongan cikgu Sanep jika ada masalah di SKBI. Beliau memang sentiasa sedia menolong terutamanya apabila melihat kesukaran saya dan perasaan belas pada anak-anak saya yang menjadi yatim.

Semoga roh cikgu Sanep aman di alam sana, semoga diampunkan segala dosa-dosanya, semoga segala kebaikannya terutamanya untuk anak-anak pelajar SKBI akan diganjari oleh Allah swt dengan sebaik-baik ganjaran.

Buat kak Mazilah dan anak-anak, semoga tabah menghadapi ujian yang sangat berat ini. Bersabarlah dengan dugaan kerana setiap ketentuan tuhan pasti tersirat hikmah yang tidak mampu ditelah akal cetek seorang insan.

Buat kita semua yang masih menyedut udara kurniaan tuhan... hitunglah diri...
Andai Allah swt tiba-tiba sahaja memanggil kita pergi, apakah bekalan yang dapat dijinjing buat penyelamat diri?
Apakah kita berada dalam redha Allah pada saat itu?
Apakah kita berada dalam redha suami?
Apakah kita berada dalam redha kedua-dua ibu dan bapa?

Hitunglah diri...

Comments

  1. Dia meninggal di dalam bulan Ramadhan.Tentu nya dia orang yang terpilih.

    'manje : teringat arwah nenda manje. Juga pulang di dalam bulan yang penuh keberkatan ini. Al-Fatihah'

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum...

    AL Fatihah dan takziah kepada keluarga allahyarham... semalam mma saya call bgtau ada sedara kat kg br je mninggal minggu lepas.. sedih sekali arwah meninggalkan 7 orang anak yang masih kecil.. yang paling bongsu baru je berusia 40 hari. tapi ajal maut dah ditetapkan..satu hari nanti kita juga akan kembali kepadaNya... sebenarnya arwah antara insan terpilih meninggal pada bulan Ramadhan yang mulia ni...

    ReplyDelete
  3. Puan,

    Husband meninggal during you in pregnancy?

    cabaran....

    Al-fatihah....

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,
    Pertama takziah atas pemergian 2 orang dalam blog Dr Hasanah ni...Kematian adalah pasti....Namun saya juga pasti..saya seorang yang tak setabah Dr.

    Kedua, kenapa selalunya kita tengok suami yang pergi dulu? Muda-muda dah tinggal isteri.Orang lelaki tak jaga kesihatan ke?Mmg tak dinafikan ajal,ditangan Tuhan. Dan disebalik segalanya pasti ada hikmah.Macam mana pulak kalau kita (isteri) yang pergi dulu tinggal anak 5 dengan suami?

    Ketiga, Salam Ramadhan.Selamat hari raya kepada drhasanah sekeluarga.

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Hasanah.Selamat Hari Raya Aidilfitri,maaf zahir &batin.Maaf tak sempat nak ziarah akak kat sana..Dari saya&Azwan(MSI)

    ReplyDelete
  6. entah mengapa, setiap kali Dr menyebut arwah suami doktor, pasti bergenang air mata,kesusahan tanpa suami di sisi..

    banyak yang saya cuba fahami terutama sukarnya menjadi seorang isteri tanpa teman di sisi dan anak-anak tanpa tempat bermanja dari seorang ayah.

    ReplyDelete
  7. Assalamualiakum....

    perasaan sedih saya masih lg segar dlm diri sy ini... sy baru 6 bulan kematian suami yg sgt sy cintai... ketika suami sy meninggal sy sedang berpantang ank yang pertama.. dan ketika itu sy baru 11 bulan mendirikan rumahtangga bersama suami saya.. skg saya meneruskn kehidupan bersama dengan anak berdua di perantauan tanpa suami disisi... sungguh berat ujian yg Allah bg... dan sy redha dengan setiap ape jua yg Allah tentukan buat sy...

    ReplyDelete
  8. Askum...Insaf..terasa diri ini kerdil..ketentuan hidup semuanya di bawah kuasaNYA.
    Pada yang masih merasai kepahitan perjalanan hidup, moga tabah menghadapi...amin!

    ReplyDelete
  9. Azni, Suraya dll... kematian orang tersayang apatah lagi tempat bergantung memang terlalu perit untuk dihadapi. Namun, biar apa yang berlaku, yakinlah bahawa ketentuan Allah tetap tiba dan pasti ada hikmah di sebalik semuanya.

    ReplyDelete
  10. sedihla... teringat kat arwah ayah yang dijemput Illahi pada 14 Jun 2008 sewaktu sedang berkebun di belakang rumah... Anak2 belum sempat utk memberikan ksnangan selepas puas hidup susah..Kami 12 beradik..Alhamdulilah semua berjaya..cuma belum puas memblas jasa...Kepada semua yang masih ada ayah...jgn lepaskan pluang...berbaktilah sehabis baik...
    Yang tinggal skrang hanya emak.. Cuma..masa aje yang agak terhad..tapi kami adik beradik ttp berkmpul 2 sekerap yg mgkin.....

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum............. saya baru saja kehilangan suami 28 Mac 2010 demam denggi berdarah. hanya lima hari sakit dia telah di jemput oleh Allah. macam tak percaya sekarang saya keseorangan membesarkan anak-anak seramai empat orang yang berumur 3 - 7 tahun. Ya Allah jika itu ketentuan Mu aku redha. Berikan aku kekuatan, dan kecekalan dalam hati untuk meneruskan kehidupan membesarkan anak-anak...... Ya Allah Engkau telah mengambil kembali kepunyaanMu, Kurniakanlah, gantikanlah ia dengan suatu yang lebih baik untuk dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  12. Wslm, Takziah Faridah. Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Semoga suami diampunkan segala dosanya dan ditempatkan di maqam yang mulia.
    Kuatkan semangat selalu. Sentiasa kembali kepada Allah walau dalam senang ataupun susah. Anak-anak perlukan semangat Faridah. Mereka terlalu kecil.
    Baca selalu:
    -Surah al-Fatihah
    - Ayat: "Wa man yattaqillah yaj'al lahu makhraja......"
    -Surah al-Insyirah: "Fa inna ma'a al-'usri yusra, Inna ma'a al-'usri yusra"

    ReplyDelete
  13. assalam...

    baru terjumpa post ni dah lama baru nak baca... sedih bila kehilangan suami yang tersayang... begitu juga saya... saya berkahwin usia dah lewat juga 32tahun... suami 38 tahun... kami tinggal berasingan saya di pahang suami di melaka... suami balik 2minggu sekali... tapi takdir ALLAH mengatasi segalanya.. di saat-saat saya baru merasai nikmat kebahagian dan kasih sayang suami... ALLAH telah menjemput suami saya masa itu usia perkahwinan kami baru 5 bulan lbih.. ALLAHURABBI... memang tak dapat nak gambarkan perasaan saya... mula-mula kehilangan... saya banyak menangis... saya banyak termenung... kurang bercakap... nak senyum pun berat rasa... tapi saya redha.. dan selalu berdoa semoga kami dipertemukan di SYURGA ALLAH... pada adik-adik dan kakak-kakak yang senasib semoga kita semua tabah menghadapai ujian ALLAH ini...

    ReplyDelete
  14. Salam artikel ni saya jumpa saat nk tidoq kan ank kecik saya iman 4 tahun setelah berdoa saya saya selalu bertawakkal pada Allah setiap mlm SBB kini kami berdua dirumah setelah abg Dan kakak Iman ke asrama.. Saya baru juga kehilangan suami Dan ank2 kehilangan bapa awal tahun 2016. Saya tercari mcm perasan seorang isteri yg kehilangan..Dan saya merasa sedikit bertuah kerana bila saya tau Dr kehilangan suami semasa pregnant..ujian Dr lebih Dari saya cuma bezanya saya yg hanya suri rumah memang tersentak seketika bila terkejut dgn pemergian suami yg langsung tak sakit..sempat bersolat zohor walau hanya dua rakaat rebah di depan saya Dan ank..APA pun moga kita semua kuat....SBB kita dipilih Allah utk mengharunginya ...

    ReplyDelete

Post a Comment