Rumah Baru

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Wednesday 30 July 2008

Rumah Baru

 

Phew! Letih jugak tukar hosting ni. Entah apa-apa isu teknikal yang timbul dari server, dns, domain, registrar, mysql data, page 404 dan macam-macam lagi.

Sebelum ni guna internet webhosting milik Shamsul Kamal. Bukan tak ok. OK juga dan sangat sesuai untuk orang yang nak berjinak dengan website. Sesiapa yang nak mulakan small online business pun boleh cuba. Maklumlah, hosting cuma RM80 je setahun untuk 3GB diskspace dan ada 15 addon domain. Tapi saya pakai takat 400mb je.

Sebelum tu lagi... guna Sempoihosting.com milik Suhaimy... pun ok jugak, sangat sesuai untuk sesiapa yang nak memiliki website/blog pertama. Saya hanya bayar kalau tak silap RM18 je setahun, hihiiiii..... Itulah dalam sejarah hidup memiliki hosting untuk website pertama iaitu www.uruspusaka.com.

Selepas menyewa hosting dengan Sempoihosting, saya sewa hosting dengan OlympicHosting.com pulak milik orang puteh iaitu Brian, hihiii.... server pula di US untuk website Rosdi.net dan juga DrHasanah.com. Setahun sewa USD30 tapi sekarang diorang dah tak buat servis hosting lagi dah. Guna server US ni slow la sikit. Tu yang tak boleh tahan. Ada lagi satu website yang dihost sekali iaitu CariMenantu.com (diinspirasi dari rancangan Cari Menantu yang disiarkan di TV9 dekat di hati...). CariMenantu.com ni bukan untuk cari menantu ye.... tapi dikhususkan untuk mendalami hukum-hakam perkahwinan, petua rumahtangga dan mendalami konsep institusi kekeluargaan Islam. Tapi, tak larat lah nak maintain semua. So, website tu mati macam tu je, tapi content tentang kekeluargaan ada dikekalkan dalam DrHasanah.com. Jadi kalau berminat mendalami tentang konsep kekeluargaan Islam, bolehlah tinjau-tinjau DrHasanah.com.

Kenapa sekarang pindah rumah ke hosting baru?
Wah! Soalan menarik...

- Pertama kerana mengharapkan servis yang lebih baik dari sudut server yang laju dan uptime yang tidak mengecewakan. Itulah yang saya banyak tahu dari webmaster yang lain. Lagipun dah ada pengalaman dengan hosting lain kan.... dah tahu lah kelebihan dan kekurangan hosting masing-masing.
- Mengharapkan support yang lebih baik dari yang lain-lain.
- Yang paling best ialah hosting yang ni benarkan saya upload file multimedia berbentuk audio dan video... (dalam internet webhosting tak boleh). Hihiii... lepas ni boleh la tengok saya bagi ceramah yek!!! Online gitu...
- Saiz ruang hosting yang lebih besar iaitu hingga 10gb (walaupun addon domain cuma 10 je, tapi ok lah tu. Domain banyak-banyak sangat pun bukan larat renew)
------> yang tak berapa best ialah... sewanya mahal ooooooooooo Hmmm... pejam mata je lah sebab nak dapat hosting berkualiti bukan macam beli kacang rebus lelong kat pasar malam!
---------------->OK, soalan: apakah hosting yang saya gunakan sekarang? hihiii.... exabytes

Bagi sesiapa yang berminat untuk buat bisnes online besar-besaran, bolehlah cuba exabytes. Sila klik link website exabytes untuk maklumat lanjut.

5 comments

  1. salam..tahniah Dr.. pasni bole challenge saifulislam.com plak..hehe..

    ReplyDelete
  2. humm... exabytes memang hosting provider paling top kat Malaysia.

    ReplyDelete
  3. Lawan saifulislam.com? hihi... ustaz Hasrizal tu kawan saya.. masa first year, satu kapal ke Jordan... jadi dia bukan saingan saya, tapi kawan dan tok guru saya :)
    lagipun, dia full time blogger... tak terchallange punya

    ReplyDelete
  4. [...] Cubiex.com ~ Malaysia Affordable Domain and Web Hosting menawarkan pakej web hosting, reseller hosting, vps hosting mampu milik serta premium kepada individu dan syarikat [...]

    ReplyDelete
  5. […] tu maksudnya ruang dalam server. Perjalanan hosting juga banyak ranjaunya. Lihat sebahagian kisah di sini (sila klik). Sekarang saya guna cloud server yang disediakan oleh Exabytes. Maksudnya saya sewa […]

    ReplyDelete

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage