Skip to main content

Monolog

Pertama kali dalam blog ini saya bermonolog meluahkan kesedihan yang tidak tertanggung rasanya. Cukuplah untuk dua hari monolog itu disiarkan dalam blog ini... sehari sempena hari bapa dan sehari lagi sempena ulangtahun kelahiran Ustaz Rosdi yang ke-37. Semoga Allah s.w.t. memberikan keampunan dan rahmat buatnya.

Saya rasa sangat perlu untuk unpublished monolog dua hari lepas kerana setiap kali saya membacanya, badai kesedihan akan menghempas kembali...

Comments

  1. Salam...

    Macam bermimpi sampai ke blogmu wahai sahabat. Macam bermimpi membaca bahawa kau kini meniti hidup seorang diri tanpa suami. Macam bermimpi akhirnya kita bertemu di ruang maya setelah sekian lama sama-sama sepi tanpa berita... Aduhai sahabat, air mata ini tak mahu berhenti mengalir sedari tadi. Semoga Allah mengurniakan segunung ketabahan buatmu.

    Azan
    (ingat kenangan kita kursus intensif di kusza 1993?)

    ReplyDelete
  2. Azan.... ya Allah, rindunya kat Azan. Apa khabar orang terengganu? isy, tak sangka jumpa semula. Takkan saya lupa kat Azan, orang yang asyik tersenyum je tu. Boleh bagi no tel tak. Tulis kat emel saya: hasanah{kat}ymail.com [edited]

    Rindu kat kenangan lama...

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Ummu Saif. Saya akan ulang baca artikel ini.

    ReplyDelete
  4. maliati bt mohamad23 July 2009 at 13:50

    asslamualaikum..sy pelajar dr hmt223..salam takziah dr sy dan setiap perkara yg berlaku ada hikmahnya....

    ReplyDelete
  5. Maziana binti omar31 July 2009 at 02:09

    Asslkum..saya nak tanya doc.assgment his224 saya..dalam perenggan tu saya terus tulis nama pengarang,tajuk buku,tahun dan halaman mana..blh tak?..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Dr,
    Di sini saya ada sedikit kemusykilan mengenai iddah kematian. Saudara saya baru kematian suami pada 29 Julai 2009. Pada 31 Julai, kami mengada solat hajat dirumah saudara yang satu lagi dalam daerah yang sama. Pada mulanya kami menjemput kakak saya yang baru kematian suami tadi untuk hadir bukan untuk bersuka-suka tetapi untuk bersama ahli keluarga yang lain termasuk ibu saya yang sudah uzur. Apakah hukumnya sekiranya kakak saya tadi hadir sebab ada pendapat yang mengatakan haram, ada yang mengatakan harus, ada yang mengatakan tidak berdosa. Kami agak bingung memikirkan lantas menghalang beliau yang sudah menaiki kereta.. Apa yang menjadi masalah ialah ada yang menjatuhkan hukum haram dan berdosa sekiranya kakak saya tadi hadir ke rumah yang mengadakan majlis solat hajat tadi. Bolehkah Dr membantu saya menjelaskan hukum tersebut.

    ReplyDelete
  7. tq maliati. Maziana, wajar ke soalan tu diajukan di sini?

    ReplyDelete
  8. Azizi, saya ada ulas hal ini dalam artikel tentang apa yang tidak boleh dilakukan oleh wanita dalam iddah kematian suami. Sila guna 'search'. Tksh

    ReplyDelete

Post a Comment