Skip to main content

Tips mengawal anak-anak dari pejabat




"Emak," rengek Husna.
"Kenapa?" Saya memandang wajah comel anak kedua yang akan menyambut hari jadi ke-8 esok.
"Emak tak payah kerjalah hari ini," pintanya. Dahi saya berkerut.
"Kerja banyak kat USM. Lagipun hari Sabtu lepas mak dah bawa ke Zoo Taiping. Hari Ahad balik kampung. Ziarah kubur ayah lagi." Saya cuba memujuk. Cuti sekolah, pasti membosankan bagi anak-anak jika duduk di rumah sahaja. Namun, tak mungkin saya pun turut bercuti sepanjang dua minggu cuti sekolah. Tugas di USM banyak. Sementelahan saya telah bercuti terlalu lama selepas melahirkan Hajar.
"Husna nak main teka-teka perkataan macam tadi," Husna menjelaskan.

Barulah saya faham.

Tiba-tiba saya mendapat ilham. Kenapa tidak digunakan teknologi. Saya masih boleh teruskan kerja di pejabat sambil bermain teka-teki perkataan. Saya pun setup Yahoo Messenger di komputer rumah dengan menggunakan ID suami. Sebaik tiba di pejabat. Permainan teka-teki pun bermula. Seronok rasanya. Kerja saya siap. Anak-anak juga boleh dikawal. Tempoh masa yang mereka ambil untuk meneka jawapan saya gunakan untuk membuat kerja. Mungkin saudara juga boleh mencuba permainan ini. Tetapi, ia hanya sesuai untuk anak-anak sekolah rendah dan tadika sahaja.

Berikut sebahagian permainan pagi ini (simbol ?????? di bawah adalah katun audibles. Setiap jawapan yang betul saya berikan audible ceria. Jawapan salah saya berikan audible tengkorak!):

BUZZ!!!
Hasanah .: Assalamualaikum
Hasanah .: Ni Husna atau Hanan? Cuba teka
Hasanah .: bkuu
Rosdi Yusof: buku
Hasanah .: ???????...
Hasanah .: ptruekmo
Hasanah .:
Rosdi Yusof: emak tunggu sekejap husna tengah fikir
Hasanah .: emak tunggu
Rosdi Yusof: ok
Hasanah .: ptruekmo
Hasanah .: ptruekmo
Rosdi Yusof: purkemot
Hasanah .: kih kih kih. Apa itu?
Hasanah .: Cuba teka lagi
Hasanah .: ptruekmo
Rosdi Yusof: husna tak yau
Hasanah .: Husna sedang gunakan apa?
Hasanah .: ptruekmo
Rosdi Yusof: kupermot
Hasanah .: ?...????(????)
Hasanah .: KOMPUTER
Hasanah .: Baiklah. Emak bagi soalan yang senang
Hasanah .: tdriu
Rosdi Yusof: KOMPUTER
Hasanah .: tdriu
Rosdi Yusof: TIDUR
Hasanah .: bagus!
Hasanah .: knia
Rosdi Yusof: NAIK
Hasanah .: bagus!
Hasanah .: (???)......?????
Hasanah .: emaj
Rosdi Yusof: JAME
Hasanah .: cuba lagi
Hasanah .: emaj
Rosdi Yusof: MEJA
Hasanah .: ???......?????(???)
Hasanah .: kuya
Rosdi Yusof: KAYU
Hasanah .: ???......????!
Hasanah .: krseat
Rosdi Yusof: KESERT
Hasanah .: ?????..........(???)
Hasanah .: cuba lagi
Rosdi Yusof: Mana nak tau
Rosdi Yusof:
Hasanah .: krseat
Rosdi Yusof: kertas
Hasanah .: ????......????
Hasanah .: tleeofn
Rosdi Yusof: telefon
Hasanah .: ????.....??...???...
Hasanah .: OK. soalan terakhir untuk Husna. Lepas ni bagi pada Hanan ye
Hasanah .: kuesri
Rosdi Yusof: kerusi
Hasanah .: ????????????...
Hasanah .: OK, bagi Hanan pula
Rosdi Yusof: 'p;ol
Rosdi Yusof: \
Hasanah .: egb
Rosdi Yusof: beg\
Hasanah .: ???????...
Hasanah .: OK, lepas ni susah sikit
Rosdi Yusof: emak husna tadi kacau
Hasanah .: iratk
Rosdi Yusof: karti
Hasanah .: ?????..........(???)
Rosdi Yusof: emak cba lagi ka
Hasanah .: iratk
Rosdi Yusof: emak eja iratk
Hasanah .: iratk
Hasanah .: cuba teka
Rosdi Yusof: TIRKA
Hasanah .: cuba lagi
Rosdi Yusof: RIKTA
Hasanah .: TIKAR
Hasanah .: takpe
Hasanah .: cuba pula
Hasanah .: tuahn
Rosdi Yusof: YANG MANA SATU
Hasanah .: tuahn
Rosdi Yusof: TUHNA
Hasanah .: apa tu? teka lagi
Rosdi Yusof: HANTU
Hasanah .: ???????...
Hasanah .: mnsie
Rosdi Yusof: MINISE
Hasanah .: mnsie
Rosdi Yusof: EMAK HUSNA NAGGIS
Hasanah .: kenapa
Rosdi Yusof: HUSNA IGGAT DEKAT AYAH
Hasanah .: takkan tiap-tiap hari nangis
Hasanah .: Hanan pujuk dia kejap
Rosdi Yusof: EMAK HUSNA KAN SETIAP HARI NAGGIS
Hasanah .: Suruh dia sabar. Baca fatihah
Hasanah .: sedekah kat ayah


********

Dalam dok seronok, ada pula yang menangis... hmmmm, hati anak-anak... hati si balu siapa yang tahu...

Comments

  1. Ya....

    memang sukar kalau bawa anak2 ke pejabat.

    semoga dr. tabah sentiasa menghadapi hari2 mendatang.

    ReplyDelete
  2. seronok baca..

    last part, saya plak yg sebak..

    mudahan Allah memberi ketabahan kepada dr..

    ReplyDelete
  3. sebak rasa hati..

    Moga Allah perteguhkan kekuatan hati Dr, diluaskan pintu rezeki dan dilimpahkan rahmat dari sisinya..
    moga dipermudahkan menguruskan keluarga.

    ReplyDelete
  4. salam...saya juga sebak akhirnya.kerana saya juga ada pngalaman anak yatim... saya ingat susah nya dugaan hidup sya...rupanya ada lg yg lain...yg lagi sedih n susah...

    makin tersedar sya pd realiti kehidupan....tq

    ReplyDelete

Post a Comment