Skip to main content

Ya Allah, dari-Mu kami datang, kepada-Mu kami kembali


Arwah Ustaz Rosdi bersama sebahagian anak-anak. Tenang sehari sebelum pembedahan | Lagi gambar arwah

Seperti tak percaya melihat insan di hadapan saya terbujur kaku. Berkali-kali saya bertanya doktor yang bertugas untuk mencari kepastian walaupun jelas tubuh itu telah sejuk beku. Semuanya berlaku begitu pantas.

Saya kehilangan suami tercinta sehari sebelum Aidil Adha, iaitu jam 12 tmalam 19 Disember 2007. Tiada kalimah yang dapat digambarkan pabila melihat insan yang menjadi tempat bermanja tiba-tiba sahaja enggan bergerak. Akhirnya perkara yang sangat saya takuti sejak dua tahun lalu menjadi kenyataan.

Arwah Ustaz Rosdi Yusof (Maktab Mahmud > SMAP Kajang > Mu'tah University -Jordan > UKM > IPI > KDH > UNIKL MSI) meninggal dunia sehari selepas menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan kanser usus kecil bersaiz 15cm x 15cm x 11cm. Pembedahan tersebut gagal kerana tumor tersebut telah melekat dengan bahagian belakang badan - dimana banyak urat besar terletak. Doktor terpaksa menjahit semula tempat pembedahan. Selepas pembedahan keadaan arwah stabil, tetapi, tiba-tiba pada hari Selasa, jam 11 malam lebih arwah mengadu sejuk. Tak lama lepas tu, arwah kelihatan seperti sesak nafas dan tak sampai beberapa minit, Allah menjemputnya pergi.

Wajah arwah begitu tenang. Sangat tenang. Senyuman manis beliau saat di pembaringan benar-benar menyentuh perasaan. Tak jemu mata memandang.... membuatkan hati menjadi rindu dengan tawa riangnya.

Saya redha dan pasrah dengan pemergiannya walaupun hati sebak melihat empat orang anak yang masih mengharapkan kasih dan jenaka rianya. Tambahan pula, saya sedang sarat mengandungkan zuriat kelima yang hampir menginjak bulan kesembilan dalam kandungan.

Sesekali ada anak yang akan bertanya, "mak, kenapa ayah mati cepat sangat?"

Semoga Allah mengampunkan arwah Ustaz Rosdi Yusof dan meletakkannya bersama orang-orang yang soleh dan bertakwa, Amin.

Comments

  1. Kemar - ex SMAS 198826 December 2007 at 04:17

    Takziah utk kamu sekeluarga, be strong. Al Fatihah.

    ReplyDelete
  2. salam tkziah buat dr sekeluarga

    ReplyDelete
  3. takziah utkmu sekeluarga..moga anda sekeluarga tabah menghadapinya..Al-Fatihah

    ReplyDelete
  4. Takziah, semoga Allah bersama Hasanah sekeluarga. Ada apa-apa yg boleh di tolong, call saya. Tq.

    ReplyDelete
  5. Takziah, semoga tabah menghadapinya.

    ReplyDelete
  6. Takziah, semoga rohnya di cucuri rahmat..AMEEN.
    Yang tinggal tabahkan hati teruskan perjalanan hidup.

    ReplyDelete
  7. Semoga Allah memberikan banyak limpahan pahala kerana ketabahan doktor..

    ReplyDelete
  8. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas arwah dan memberi ketabahan dan kemudahan kepada dr. dan keluarga untuk meneruskan kehidupan dan perjuangan.

    ReplyDelete
  9. Takziah.... Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah & ketabahan kpd Dr sekeluarga....
    Dr jaga kesihatan diri.....
    Seluruh warga MSI merasai kehilangan beliau...

    ReplyDelete
  10. Salam Dr. Hasanah. Takziah saya ucapkan atas permergian yang tersayang ke rahmatullah.

    Semoga Dr. lebih tabah menghadapi hari mendatang.

    ReplyDelete
  11. Terakhir berjumpa dengan beliau kira-kira 3 tahun sudah di UniKL, Sepang. Teringat kenangan manis bersama Arwah Ustaz ketika sama-sama menjadi pensyarah UniKL.

    Smeoga Allah mencucuri rahmat ke atas beliau.

    Kepada isterinya, semoga tabah menghadapi ujian.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum w.b.t

    Dari seorang sahabat kepada isteri sahabat qarib sehingga ke saat akhir hayatnya. Terdahulu saya memanjatkan doa ke hadrat Yang Maha Esa moga rohnya ditempatkan bersama para anbiya', syuhada' dan solihin. Sukar nak mengungkapkan dengan kata-kata atas pemergian Rosdi ke rahmat Ilahi sementelah lagi Hasanah dan anak-anak sendiri yang sentiasa bersamanya disisi. Selama 24 tahun kami menjadi sahabat qarib, keluarga kami saling kenal mengenali, hubungan antara sahabat yang telah sekian lama terbina tidak pernah walau sekali berlaku krisis antara kami biarpun sering kali berbeza pandangan banyak mengajar kami tentang kematangan dalam berfikir. Allah lebih menyayangi dirinya lalu dijemputnya mendahului kita. Tinggallah kita yang bakal menyusul kemudian nanti. Salam takziah dari kami sekeluarga Zaidee, Khodzirah, Tareq dan Arwaa.

    ReplyDelete
  13. Salam takziah buat Dr sekeluarga.
    Moga Allah mencucuri rahmat ke atas allahyarham Dr Rosdi.
    Buat Dr sekeluarga, tabahkan hati. Insya'Allah, sesungguhnya Allah bersama2 kita.

    ReplyDelete
  14. Salam`alayk Dr.

    Semoga roh Allahyarham Dr Rosdi sentiasa tenang & bersamanya rahmat Allah.
    Takziah buat Dr sekeluarga.

    ReplyDelete
  15. Saya terharu ketika membca artikel ini saya tak mampu berbuat apa2 sesuatu yang datang dari allah kan kembali kepadanya tabahlah wahai Dr

    ReplyDelete
  16. Salam takziah Dr,
    semoga tabah menghadapinya.

    ReplyDelete
  17. sabar la ye akak.. ini semua dugaan Allah..

    ReplyDelete
  18. Salam, Dr.
    Saya pernah mengenali arwah Ustaz Rosdi semasa bertugas sebagai kaunselor di MSI.
    Walaupun perkenalan itu singkat, tetapi saya sempat mengenali seorang rakan sekerja yang baik, penyabar dan tabah. Selama ini saya tak tahu arwah dan Dr ada web blog dan entah bagaimana Allah lorongkan saya menemui blog ini hari ini. Sesunguhnya Allah Maha Mengetahui segalanya, dan mungkin Dia tidak mahu ustaz menderita lama.
    Tabahlah menghadapi kehidupan dengan menjaga amanatnya. alfatihah.

    ReplyDelete
  19. Ustaz Rosdi....seorang insan yang punya prinsip, tegas dalam pendiriannya dan berani dalam
    mengutarakan pendapat, pandangan dan teguran....
    seorang sahabat yang cukup baik buat semua rakan2...tapi ALLAH lebih sayangkan beliau...alFATIHAH...

    ReplyDelete
  20. Idris (Leeds uk)3 July 2008 at 15:22

    Salam Takziah untuk Dr Hasanah sekeluarga. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Semoga Dr Hasanah dan keluarga tabah dalam menghadapi hari hari yang mendatang.

    (Saya merupakan junior Ust. Rosdi dan Dr Hasanah di Jordan. Mengenali beliau dengan lebih rapat di UKM ketika sama sama konvo masters. Saja-saja buka laman web bakal tempat kerja nanti membawa saya ke laman web ini.. terkejut)

    ReplyDelete
  21. [...] ini 19 Disember 2008 = Genap setahun abang pergi mengadap Ilahi. Al-fatihah… You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can [...]

    ReplyDelete
  22. [...] terpaksa delete pos bertarikh 19 Disember 2008 kerana ….. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, [...]

    ReplyDelete
  23. salam...sedih sangat la cite nie....

    ReplyDelete
  24. successful network marketing10 April 2012 at 13:02

    successful network marketing...

    [...]Ya Allah, dari-Mu kami datang, kepada-Mu kami kembali - DrHasanah.com[...]...

    ReplyDelete

Post a Comment