Sambutan 50 Tahun Kemerdekaan Malaysia peringkat Taman Bertam Permai

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Saturday 1 September 2007

Sambutan 50 Tahun Kemerdekaan Malaysia peringkat Taman Bertam Permai

Merdeka!!!
Baru dua hari selesai bersilat dengan Seminar Tokoh-tokoh Hadith, tiba pula program lain yang turut menuntut komitmen. Bezanya, seminar tempohari adalah peringkat kebangsaan manakala sambutan kemerdekaan ini ialah peringkat taman. Bagaimanapun, kedua-duanya perlu dijana dengan sebaiknya.

Sambutan kali ini berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. Kami, jawatankuasa baru dengan penuh kesyukuran telah berjaya memberikan input berbeza apabila memasukkan program kesihatan dalam sambutan kali ini. Dengan bantuan orang kuat persatuan, Dr Zah yang turut menjadi orang kuat IPPT, USM, urusan program kesihatan dapat dilaksanakan dengan mudah.

Pada asalnya, hanya tiga aktiviti kesihatan yang dirancang, iaitu: pemeriksaan kesihatan percuma, demo penjagaan gigi untuk kanak-kanak dan ceramah tentang kanser payu dara untuk wanita. Bagaimanapun, pihak IPPT dengan murah hati telah memberikan bonus apabila akhirnya dua aktiviti lagi ditambah iaitu ceramah makan untuk sihat dan ceramah kesihatan gigi turut diberikan. Terima kasih daun keladi kepada semua warga IPPT sekelian. Kepada rakan-rakan pembaca sekelian, kalau ingin mengadakan apa-apa program di tempat saudara, cuba-cubalah risik IPPT (lihat maklumat perhubungan di www.usm.my/amdi) untuk mendapatkan khidmat pemeriksaan kesihatan secara PERCUMA.

Kakitangan IPPT, USM bergambar selepas Program Kesihatan di Taman Bertam Permai
Dr Zah (Timb. Pengerusi Jiran Wanita) & Setiausaha Jiran Wanita bergambar bersama sebahagian kakitangan IPPT, USM yang telah menjayakan Program Kesihatan sempena Sambutan 50 Tahun Kemerdekaan Malaysia Peringkat Taman Bertam Permai, Kepala Batas, Pulau Pinang



Sedia…! Gosok!Terima kasih kepada tauke berus gigi taman ni yang sudi menaja berus gigi!

Pemeriksaan kesihatan percuma. Siap check glukos dan kolestrol lagi.

Selepas menimba ilmu, program diteruskan dengan acara sukaneka. Ceria sungguh wajah anak-anak bersukan secara muhibbah. Ibu-ibu juga tidak dilupakan. Riuh-rendah suasana hari ini, akhirnya ditutup dengan upacara penyampaian hadiah. Barulah hari ini kutahu bahawa..... AKULAH ORANG PALING TERROR KELIM KARIPAP KAT TAMAN NI!!! hih! hih! hih!...

Tu dia! Juara kelim karipap tengah tunjuk hebat!!!

Sebahagian hadirat sedang membuat riuh! Maklumlah tak sabar nak menang!

3 comments

  1. tahun dpn kite buat sambtn kat mana2 la. mcm bkt merah ke, carnivall ke. nak jimat? buat kat pantai mdeka je la... :)

    ReplyDelete
  2. ala..ustazah leh kelim karipap je ke???sy leh kelim donat..cok keria n macam macam lagi..hehe

    ReplyDelete
  3. "sy leh kelim donat..cok keria "
    takat boleh kelim tapi belum teruji kehebatannya buat apa? ;P

    ReplyDelete

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage