Skip to main content

Ahh.... lega!

Syukur, Alhamdulillah...

Akhirnya seminar ni berakhir jua. Banyak manfaat dan pengajaran yang diperolehi terutamanya untuk kami, urusetia program. Diharapkan para peserta juga akan dapat memperolehi banyak manfaat dan peningkatan ilmu.

Hari ni, dah macam orang tak cukup makan. Lembik memanjang. Letih semalam tak habis lagi... tugas lain pula datang bergolek tak berhenti-henti.

Ya Allah, berikanlah kekuatan buat hamba-Mu ini.

Lepas seminar ni..., kena fikirkan pula tentang Sambutan Kemerdekaan ke-50 Tahun Peringkat Taman Bertam Permai. Peringkat taman je, tapi, rumit juga nak dilaksanakan. Banyak kerja menanti. Sedara-sedara sekelian, jemput lah ke taman ni pagi 1 September 2007 nanti. Selain sambutan yang berbentuk patriotik, ada juga program sukaneka dan program kesihatan. Makan minum disediakan. Kami anjurkan program kesihatan dengan kerjasama Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), USM. Terima kasih IPPT.

Nampaknya, Biro Muslimat @ Jiran Wanita taman ni terus menapak ke hadapan. Semoga dirahmati Allah selalu. :)

++++++++++

Merdeka!!!


Beberapa minit lagi ialah detik 31 Ogos 2007. Syukur dan bangga dengan kemerdekaan dan kegemilangan ini. Alhamdulillah...

Namun hati ini terlalu resah. Kerana sambutan hingga larut malam di seluruh negara sering berakhir dengan adegan ngeri pasangan bercinta dan anak muda yang menagih deruman di litar puaka. Mestikah sambutan 31 Ogos atau apa-apa sahaja termasuk tahun baru disambut hingga lewat malam. Mestikah ia dijadikan satu tradisi yang membudayai jiwa warga Malaysia. Bukankah kita yang menentukan corak budaya murni di tanahair sendiri. Kalau sudah tahu malam yang gelita sering mengundang petaka, maka budaya pesta larut malam pasti mampu dinilai semula.

Kita kan bangga jadi anak merdeka... !?

:(

Comments