Skip to main content

"Nak kawin? Umur adik ni berapa tahun?"

Hah! hah! Ramai yang nak kawin, tapi tak menyangka mereka perlu tengok balik surat beranak dan congak umur mereka berapa tahun sekarang!

blues

Tahukah anda bahawa jika anda tidak cukup umur, anda tidak boleh berkahwin?

Sebenarnya, kalau dilihat secara kasar dalam pandangan lama tentang umur minimum untuk kawin, tidak had umur minimum untuk tujuan tersebut. Tetapi pakar dalam perundangan Islam berpendapat bahawa terdapat sumber yang menyebut tentang hal ini iaitu ayat al-Quran dalam surah al-Nisa' ayat 6 yang bermaksud:
Dan ujilah anak yatim itu sampai mereka cukup umur untuk kahwin (balagh al-nikah). Jika kamu berpendapat mereka telah cerdas, maka serahlah kepada mereka harta-hartanya.

Berdasarkan ayat ini, pakar berpendapat bahawa kelayakan untuk melangsungkan perkahwinan juga bergantung kepada hakikat bahawa pihak yang ingin berkahwin itu telah mencapai umur dewasa.

Diringkaskan cerita, dalam undang-undang di Malaysia (merujuk kepada Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan 1984), minimum umur untuk berkahwin ialah seperti berikut:

Lelaki --> tidak kurang dari 18 tahun
Perempuan --> tidak kurang dari 16 tahun

Baiklah, bagaimana jika ada remaja yang 'terkahwin' juga sebelum sampai had umur di atas?

Perkahwinan tersebut tetap boleh didaftarkan, tetapi dia akan dikenakan penalti. Itupun dengan syarat Mahmakah berpuas hati bahawa ia adalah sah mengikut hukum syarak. Jika remaja perempuan telah dikahwinkan oleh wali mujbirnya sebelum dia baligh, dia boleh menolak perkahwinan tersebut sebelum dia mencapai umur 18 tahun dengan syarat belum berlaku persetubuhan dalam perkahwinan itu.

Ok, macamana? Anda dah cukup umur? hmmmm......

Comments

  1. saye dh cukup umor.. buah hati saye je baru tgkatan 4... kes3 mintak2 ade jodoh.. amin3x

    ReplyDelete
  2. tingkat 4. bleh kwn dah tu. tp wat pe. msk nasik pun x reti. larat ke mkn sadin hr2 :)

    ReplyDelete
  3. op doc, kip it up. byk lg sy x tau ni

    ReplyDelete
  4. Nur Azizah Binte Mohamed Aziz19 December 2012 at 14:47

    Saya kurang pasti lah. Ada yang kata umur 14 boleh nikah bagi pihak perempuan? Kalau pihak lelaki, umur 16 sudah boleh nikah? Betulkah? Berikan saya jawapan logik mengikut undang2 Islam.

    ReplyDelete
  5. salam , saya merupakan seorang student berumur 19 tahun . Sama jua pasangan saya . Saya dan pasangan berhasrat untuk melaksanakan kahwin misyar kerana takut terjebak dengan maksiat . Masalahnya kami takut ditentang oleh ibu bapa saya . Harap doktor dapat bantu saya :(

    ReplyDelete
  6. Waalaykumussalam, sangat tidak sesuai untuk anda berdua berkahwin misyar sedangkan usia kedua-duanya terlalu muda. Takut nanti si isteri menyesal.

    ReplyDelete

Post a Comment