Kenapa ya pak polisi?

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Wednesday 4 April 2007

Kenapa ya pak polisi?

Tersangkut lagi di pejabat!

Inilah cabaran hidup di sebuah pulau. Setiap kali timbul masalah di jambatan Pulau Pinang yang indah itu, maka setiap kali itu jugalah saya tersangkut di kerusi ini.

Entah apa lah puncanya. Kedua-dua hala ditutup.

Seorang rakan membuat andaian. "Pagi tadi masa akak lalu, nampak diorang dah susun-susun penghadang kat tepi jambatan. Agaknya, ni pasal nak lebarkan jambatan kot!", begitu yakin cik kak tu. Dulu dia pernah bercita-cita nak jadi spekulator agaknya. Takkan lah diorang nak tutup jambatan masa peak hour pulak.

Pukul 5.35 petang, seorang rakan yang lain dihubungi. "Itulah, sedih jugak, tak boleh balik. Katanya, polis ramai sangat. Macam ada benda serius je. Macam ada ancaman bom!".

"Bom?" Saya ternganga.
"Bukan boom?" Hih! hih! cuba buat lawak bodoh pulak.

"Bukan..." rakan saya cuba membetulkan. Sambungnya lagi, "Serius macam ada ancaman bom, macam je....". Oh! Satu lagi spekulasi yang menarik. Kali ini, saya rasa apa yang disebut oleh rakan saya ini, mungkin ada asasnya, tapi, takkanlah sampai berbom-bom?

Rakan yang pertama tadi, menghubungi saya semula.
"Diorang cakap ada bom!".
"Siapa diorang tu?"
"Entah, diorang lah... . Katanya, dari pukul satu tengahari tadi lagi dah jem. Ada lori terbalik."

Lori terbalik? Jem dari pukul satu sampai sekarang? Polis tutup jambatan? Bom? Entah-entah, lori bawak benda yang mudah terbakar atau mudah meletup terbalik atas jambatan, tu yang polis tutup jambatan, untuk bersihkan sisa tumpahan... Saya pula menjadi spekalutor.

Ah! malas nak pikir. Sekarang ni, jalan-jalan di Georgetown dah macam ruang pameran kereta. Semua kenderaan menderu ke Georgetown untuk menaiki feri, hinggakan keadaan sangat sesak. "Jem mati!"

Bingung! Adakah saya juga ingin menjadi sebahagian dari statistik? Bersesak-sesak di tempat yang memang dah diketahui sesak yang amat. Atau saya akan menunggu hingga polis kata, "ok, boleh lalu!". Ataupun saya terus duduk di kerusi ini, menulis dan menulis meluahkan keresahan kepada entah siapa.

6.53 petang... Tak boleh jadi. Hari makin gelap. Saya nekad mencapai kunci kereta dan meredah kesesakan di Georgetown! Selamat tinggal....

No comments

Post a Comment

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage