Aku mahu kaya! Peduli apa aku dengan orang lain!!!

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Thursday 26 April 2007

Aku mahu kaya! Peduli apa aku dengan orang lain!!!

Berapa juta wang rakyat Malaysia yang dah hangus?


Maklumat yang diambil dari alexa.com menunjukkan bahawa hanya rakyat Malaysia yang begitu teruja dengan program yang ditawarkan oleh laman web em-pay dan banyak lagi laman buat duit cara mudah ala piramid.

Satu contoh testimoni yang mampu menggoyahkan prinsip hidup manusia.
Dipetik dari: http://www.mail-archive.com/guru-malaysia@yahoogroups.com/msg03336.html. Sayangnya, ia seperti dihantar oleh seorang pendidik. Benarkah?

glossy-no-entry.png


[Guru-Malaysia] AL-ARABIC
fauzziah05
Sat, 17 Mar 2007 00:47:02 -0800
[0]

Assalamualaikum.

Berita gembira yang ingin saya kongsi bersama-sama tuan/puan, saudara dan saudari tentang peluang menjana kewangan terkini dan terpantas. Alhamdullilah, sambutan yang saya terima setiap hari adalah di luar dugaan saya sama sekali. Sejak dari awal pagi hingga lewat tengah malam saya menerima sms dan panggilan telefon daripada para pencari peluang
menjana pendapatan secara online dan offline. Semuanya kerana Al-Arabic. Sejak saya empromosi selama 3 minggu, pendapatan harian saya sudah mencecah RM2000 sehari. Semuanya kerana kenyakinan orang ramai tentang Arabic. Pulangan yang ditawarkan sangat-sangat tinggi sehingga 3.1% sehari selama 100 hari. Bonus menaja 15%. Bonus tambahan antara 1%-5%. Royalti sehingga 3 Level, diberikan 10% sehari selama 100 hari.

Semuanya rezeki dari Allah. Tinggal lagi, kita yang membuat keputusan untuk mendapat peluang dan seterusnya menghubungi saya untuk mendapat keterangan lanjut. Saya Cikgu Zaidi, adalah e-trader Arabic. Saya boleh membuat pendaftaran dalam masa yang cepat, membeli points untuk mendapat tunai, kadarnya ialah RM3.50 = USD1.00 Saya akan membuat bayaran dalam masa 24 jam ke akaun tuan/puan, saudara dan saudari. Hubungi saya di talian 019-9857xxx atau lawati laman web saya di http://eraxxxxxx.xxx Sebarang pertanyaan, akan dilayan sebaik mungkin, insyaAllah. Telefon saya 019-9857xxx

SERTAILAH ARABIC PADA HARI INI, AMAT MUDAH MEMBUAT PENAJAAN, MUDAH MENYAKINKAN KAWAN2 DAN ORANG LAIN. SAYA MUDAH DIHUBUNGI!

OI9-9857xxx



Ulasan saya:

al-arabic…. Apa yang mereka mahu hanya DUIT anda!!!

Maklumat pendaftaran al-arabic[dot]com menunjukkan bahawa nama domain ini baru sahaja didaftarkan pada 17 Januari 2007. Program al-arabic[dot]com baru sahaja bermula sekitar bulan Februari 2007. Namun, hari ini, laman al-arabic[dot]com sudah tidak wujud lagi, menunjukkan bahawa ia sememangnya program yang menyalahi undang-undang. Mungkin pengasasnya sudah lari untuk berjoli dengan wang ‘pelaburan’ rakyat Malaysia. Bagaimana nasib mereka yang telah melaburkan wang mereka? Ini pula bukti bahawa pengunjung utama laman ini ialah rakyat Malaysia.

Kasihan orang kita!!!

Gula-gula "...Pulangan yang ditawarkan sangat-sangat tinggi sehingga 3.1% sehari selama 100 hari..." nyata ialah RIBA yang diharamkan oleh Allah s.w.t.

Tawaran pulangan yang tidak masuk akal pula, mungkinkah datang dari perusahaan yang halal? Perniagaan apakah yang mampu memberikan pulangan setinggi ini melainkan daripada perusahaan HARAM, seperti dadah, pelacuran, judi dan sebagainya. Mungkin juga ia tidak dilaburkan di tempat-tempat ini, kerana hakikatnya wang anda langsung TIDAK DILABURKAN. Apa yang pengusaha ini lakukan hanyalah, menunggu wang demi wang masuk ke dalam poket mereka. Apabila mereka telah mencapai target, maka tuan punya laman web ghaib berjoli sakan dengan wang anda. Peduli apa mereka dengan tangisan anda. Peduli apa mereka dengan rintihan anak-anak anda. Peduli apa mereka.....

*****


Teringat saya kata-kata Ustaz Engku Fadzil, pensyarah UIA apabila didatangi seorang wanita yang mengajak beliau menyertai satu program menjana duit yang meragukan.

Ustaz Engku Fadzil bertanya, "Kak, dalam dunia ni, yang mana lebih penting? Dapat duit ke, atau cara dapat duit?".
"Dapat duitlah," wanita itu menjawab dengan yakin.
Ustaz Engku Fadzil segera membidas, "Kalau macam tu, jom kita pergi jumpa orang yang baru rompak bank! Nak ucapkan tahniah!"

4 comments

  1. sesiapa kenal e.trader yang dikenali sebagai Datuk Shahid mohd Esa ? ... tak bertanggungjawab.. pulangkan diut yang telah dilaburr.. duit yang dilabur dalam Arabic.

    ReplyDelete
  2. Berapa banyak tik dah labur?

    ReplyDelete
  3. hello...boleh x saya nk tau berapa ramai yang kaya msuk benda nie?btul ker?kalo sume
    org jd kaya n untung then sape yang rugi?

    ReplyDelete
  4. Ini semua gejala hendak menipu Umat Islam/Melayu yang kebanyakannya hanya ingin goyang kaki dan lepas tu jadi kaya.Kita Umat Islam/Melayu kena lebih bijak dalam menghadapi hal ini kerana kita beriman dengan Allah bukan hanya menggunakan ayat quran danhadis, kita pasti beriman dengan Allah sekiranya kita menggunakan Akal yang kuat dan berasas. Kita mesti fikir, kalau the best investment so far dalam Malaysia ini adalah, in terms of "guaranteed'return is ASB. Itu pun hanya beri 9% keuntungan SETAHUN. Kalau sehari 9/365=0.02465% sehari! Macamana ada 'guaranteed' investment yang boleh beri 3.1% setahun atau kalau convert ikut bahasaa ASB bersamaan dgn 3.1 x 365 hari =1,131.5% setahun!!! Nampak sangat gelojoh penipuan nya!

    Gunakanlah akal wahai rakan seagama ku! Jangan tertipu dengan diumpan gelojoh ingin menjadi kaya dengan penipuan! Sesiapa yang join awalan kononnya akan dapat duit pasal 'permainan' baru bermula, dan sesiapa yang masuk akhir2 baru akan hilang duit! Inilah mantera yang biasa dipakai oleh pihak2 yang menganjurkan 'permainan' menipu ini. Nampak sangat dari awalan lagi sudah adanya 'niat' yang ingin menipu orang yang masuk pada peringkat akhir! Tidak adanya keIslaman disini! Yang ada hanyalah menggunakan orang2 yang nampak fizikal keislamannya seperti bekas pelajar2 agama atau penceramah2 agama. Pastikan NIAT kita adalah bersih apabila kita melabur dan juga apabila kita mengajak orang melabur! Jangan terpedaya dgn umpanan "Ini program baru, sapa masuk awal dapat duit, yang last nasiblah!!" nampak sangat ketidak Islaman pemikiran dan niat sebegitu!

    SALAM AKAL.

    ReplyDelete

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage