Skip to main content

Punggahlah rezeki di lautan dalam, tapi...

Tapi jangan lupa dengan janji tuhan....

Antaranya....

Dajjal Akan Muncul Saat Kita Lupa

Dalam Al-Quran Surat Muhammad ayat 8, maksudnya:

"Maka tidaklah yang mereka menunggu-unggu kerana hari kiamat datang dengan tiba-tiba. Kerana sesungguhnya telah datang syarat-syaratnya."Sedangkan syarat atau tanda-tanda (kecil) kiamat di antaranya tercantum dalam Hadits Riwayat Muslim dari Umar bin Khaththab Radhiallaahu anhu, yang diriwayatkan pula oleh Ahmad dari Ibnu Abbas. Yang pertamanya "Apabila budak perempuan melahirkan tuannya......".
Apakah fenomena di atas sudah terjadi saat ini? Sekarang ini, anak yang kurang ajar dan suka memerintah orangtua bukan hanya berlaku di Barat. Di Malaysia yang majoritinya Muslim pun terjadi. Lihat sahaja di sekeliling kita. Kisah si tenggang bukanlah perkara asing lagi hari ini.

Kita perlu berhati-hati dengan perkara ini. Ingat! setiap insan yang ada di muka bumi ialah anak. Tidak mungkin kita menjadi anak tanpa ibu dan bapa. Maka, fikirkan sejenak. Apakah agaknya perkara terakhir yang telah kita lakukan kepada ibu bapa kita hari ini, semalam, kelmarin, bulan lepas, tahun-tahun yang lepas?

Menung, menung sejenak.....

Comments

  1. Setuju!!!

    Everything is money, but, money is not everything!

    ReplyDelete
  2. mmg sgala2y duit..
    tp biar hasilnya dari USAHA kita sndri,
    bkn dgn cara mharap duit jatuh dr langit.......

    ReplyDelete

Post a Comment