Skip to main content

Hasanah for sale!

Dituduh spammer beberapa kali oleh pemilik webhosting percuma menyebabkan saya nekad untuk memiliki laman sendiri. Kisah yang terjadi di awal tahun 2006 membawa saya melayari beberapa domain registrar untuk membeli domain hasanah.com. Kecewa tak terkata kerana mesej yang sering keluar ialah "hasanah.com is unavailable".
Saya periksa dalam whois.com untuk melihat siapa yang memliki domain tersebut. Maklumat yang saya dapat ialah pendaftar domain itu (kalau tak silap) beralamat di United Kingdom.

Saya masih tidak berpuas hati. Saya pun taip hasanah.com pada browser. Bertambah kecewanya saya kerana domain yang saya 'gilai' dimiliki oleh syarikat komputer di Turkey yang nama syarikatnya bukanlah hasanah pun, tapi entah apa-apa. Saya tertanya-tanya, "kenapalah diorang ni tak ambil nama domain yang lebih releven dengan nama syarikat ataupun produk yang dijual? kenapalah mereka "menggunakan" nama saya untuk satu website yang tak cantik, tak updated, tak bla... bla...".

Saya periksa sekali lagi dalam whois.com. Hmm, nampaknya, payment yang dibuat untuk domain ini akan tamat tak lama lagi. Saya tunggu. Lepas bebapa bulan, saya try lagi semak hasanah.com.

Berangin terus rasanya! Hasanah.com is for sale!!!!

Jangan ingat ini berita gembira. Domain ini dijual secara lelong. Siapa yang boleh letak harga paling tinggi, maka dia akan menang. Tahu tak berapa harga yang diletak? Sekarang minimum bid is USD688. Ini pun rasanya dah kurang sikit. Sebelum ni, kalau tak silap saya, minimum bid is USD1,000!!!

Anda berani beli?

Saya cuba pula hasanah.net. Unavailable juga. Akhirnya, saya terpaksa memilih domain name yang saya tak suka iaitu drhasanah.com.

Kenapa mesti .com??? Sebabnya ialah .com sentiasa mendapat keutamaan apabila anda taip sesuatu domain tanpa sebarang 'dot'. Maksudnya, jika anda taip pada browser: 'hasanah', maka laman web yang keluar ialah hasanah.com. Jika anda taip, islam, maka, laman web yang keluar ialah islam.com. Jadi, jika anda juga hendak memilih domain, maka sentiasa utamakan .com. Namun begitu, lain-lain dot pun masih boleh ditimbangkan :)

Comments

  1. Melampau betul diorang ni letak harga. Mengalahkan hantaran kawin!

    ReplyDelete
  2. USD1,000? Mahalnya. Rasanya, kalau daftar domain biasa, dalam RM35 - RM40 je. Kalau daftar domain yang guna .com.my pulak mahal sikit, antara RM80-RM100.
    Nak daftar domain pun kena tengok-tengok jugak kan, takut kena temberang. Duit melayang, domain pulak tak didaftarkan.

    ReplyDelete
  3. Nama domain cantik, memang jadi rebutan. Pat2 siku lipat... ;P

    ReplyDelete
  4. Umi, yang paling banyak temberang ialah penyedia hosting.

    Dr Hasanah beli hosting, domain ngan sape?

    ReplyDelete
  5. PS, saya beli domain dari netfirms[dot]com. Harganya cuma USD4.95 setahun. Beli guna debit card. Dalam bil tu, catat kalau tak silap lebih kurang RM19 je. Hosting guna hostingolympic[dot]com. Agak mahal, tapi ia direccommend oleh orang yang dah lama dalam dunia internet, iaitu saifulsham[dot]com.

    Kalau ada sesiapa yang perlukan domain + hosting yang murah, boleh cuba lihat dalam sempoihosting[dot]com.

    Website www.uruspusaka.com saya, menggunakan servis hosting mereka.

    ReplyDelete
  6. Aiza bt Maslan@Baharudin15 December 2006 at 12:29

    Assalamualaikum Dr. Hasanah..

    Lama tak dengar cite..aleh-aleh dah ada laman web peribadi... Tak pe, nanti kongsi ngan kite pulak ye macamana nak cari domain yg. bagus... drhasanah pun ok gak pe...

    ReplyDelete
  7. Waalaikumussalam... (bakal) Dr. Aiza.

    Orang USM semua dok tunggu wirawati ni, bila nak berkampung kat sini?

    Syabas sebab Aiza ada semangat nak menyumbang sesuatu untuk 'world...'.
    Lagi ramai lagi seronok! Boleh tukar-tukar pandangan.

    ReplyDelete
  8. Rozaini Abindinhazir11 February 2007 at 11:10

    To Kak Caq (Aiza Maslan). Please contact me pakonhaj@hotmail.com

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum.

    Tak boleh nama emak, guna nama anak. Saya pun guna nama anak, sebab pengunjung bukan Melayu asyik tanya nama saya tu apa maknanya...

    Lepas ni mak bapak pening kepala, anak lahir nak bubuh nama apa.. nak dot com ke atau dot net... hmm, akhir zaman.. Mabrook for the outreach

    ReplyDelete
  10. Alaykumussalam Abu Saif,
    Thanks for dropping by.

    errr.... hasrizal tu apa maksudnya? hih! hih!

    ReplyDelete
  11. […] Terlalu banyak perjalanan yang dilalui oleh domain ini. Jejak awal kejadian pemilihan domain ini bukanlah untuk berbangga dengan pangkat ‘Dr.’ yang saya baru dapat. Tapi kisah di sebaliknya pernah saya ceritakan di sini (sila klik). […]

    ReplyDelete

Post a Comment