Pendirian Menteri di Malaysia

Main Posts Background Image

Main Posts Background Image

Friday 23 June 2006

Pendirian Menteri di Malaysia

Dipetik lagi dari akhbar Utusan Malaysia

Perkahwinan misyar tidak perlu fatwa

KUALA LUMPUR 8 Jun - Kerajaan berpendirian bahawa perkahwinan misyar tidak perlu difatwakan memandangkan hukum perkahwinan tersebut sah mengikut syarak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md. Zin, bagaimanapun berkata, jika perkahwinan misyar itu dijalankan untuk tujuan poligami, pihak mahkamah akan membuat keputusan sama ada lelaki terbabit layak atau sebaliknya.

Beliau berkata, bagi pasangan bujang pula, perkahwinan seumpama itu tidak menjadi masalah asalkan kedua-dua pihak bersetuju dengan perjanjian yang dimeterai.

â€Å“Perkahwinan misyar ini cenderung kepada amalan berpoligami. Walaupun dari segi hukum sah, mereka yang hendak berkahwin lebih di negara ini perlu mematuhi syarat yang telah ditetapkan termasuk mendapat perintah dari mahkamah.

â€Å“Untuk pasangan yang tidak pernah berkahwin tidak timbul masalah walaupun pihak wanita lebih kaya daripada lelaki, cuma lelaki tidak boleh mengambil kesempatan daripada kekayaan isterinya,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya isu perkahwinan misyar yang hangat diperbincangkan baru-baru ini

No comments

Post a Comment

Error 404

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage